Polis nafi laporan tular keganasan di Sibu dan Bintulu

SIBU, 15 Mei – Polis hari ini menafikan laporan yang tular di media sosial bahawa anggota kumpulan pengganas kini berada di Sibu dan Bintulu untuk menyerang gereja di kedua-dua bahagian itu.

Laporan itu membimbangkan masyarakat Kristian tentang keselamatan mereka ketika menghadiri upacara sembahyang di gereja masing-masing dengan mengambil iktibar kejadian serangan bom terhadap gereja di Sri Lanka ketika sambutan Easter bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu  ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi Bernama menyangkal laporan tersebut. – Bernama