Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Mesej-mesej tular mengenai kes-kes rogol yang disebar luaskan melalui media sosial Whatsapp baru-baru ini, adalah palsu dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah mengambil perhatian serius mengenai perkara berkenaan.
PDB dalam kenyataannya menjelaskan, mesej berkenaan telah dipastikan palsu yang menceritakan penyergapan atau serangan ke atas pejalan kaki yang berjalan bersendirian oleh dua orang lelaki atau lebih daripada sebuah kereta.
Mesej viral berkenaan juga mempunyai versi lain dengan penggunaan rakaman anak damit menangis untuk menarik perhatian wanita ke tempat-tempat yang terpencil, menurut kenyataan itu lagi.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)