Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis penyangak dipindah, tidak dipecat

    MANILA, 26 Jan – Tiga polis Filipina yang didakwa merompak dan memeras ugut telah dipindahkan daripada sebaliknya digantung atau dipecat, kata pihak berkuasa hari ini, memarakkan kebimbangan tentang imuniti pendakwaan pegawai penyangak di bawah perang dadah Presiden Rodrigo Duterte.

    Pengumuman bagi hukuman ketiga-tiganya itu muncul ketika soal-siasat Senat bermula ke atas pembunuhan seorang ahli perniagaan Korea Selatan yang dipercayai dilakukan oleh pegawai polis antidadah yang memeras ugut wang daripada isterinya.

    Pengkritik ke atas perang dadah Duterte, yang mengorbankan lebih 6,000 nyawa, berkata dia telah memberanikan pegawai korup dengan jaminan berulang kalinya bahawa dia akan melindungi polis jika mereka didakwa kerana membunuh suspek dadah.

    Duterte secara peribadinya telah mengarahkan tiga pegawai, yang dituduh memeras ugut seorang ibu dan anak lelakinya sebanyak 120,000 peso (AS$2,400) minggu lepas di Manila, ke selatan negara yang dilanda keganasan, menurut kenyataan polis hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda