Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

Polis Peru temukan mumia

ANKARA, 2 MAC – Polis Peru menahan seorang penghantar barang selepas menjumpai mumia yang dipercayai berusia 600 hingga 800 tahun disembunyikan di dalam beg penyejuk miliknya.

Menurut media tempatan, lelaki itu yang dikenali sebagai Julio Cesar Bermejo, 26, ditahan di sebuah taman di sebuah bandar di selatan Puno, lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap polis wilayah Puno Marco Antonio Ortega.

Menurut Bermejo mumia itu yang diberikan nama “Juanita” dianggap umpama teman wanitanya dan telah disimpan oleh keluarganya selama hampir 30 tahun.

“Di rumah, dia ada dalam bilik saya. Dia tidur dengan saya. Saya jaga dia,” katanya.

Mumia itu dikenal pasti sebagai lelaki dewasa berumur lebih 45 tahun dan tinggi 1.51 meter (kira-kira 5 kaki), menurut Kementerian Kebudayaan Peru.

Peru mempunyai ratusan tapak arkeologi pelbagai tamadun yang berkembang sebelum dan selepas Empayar Inca.

Pada 2021, ahli arkeologi menemukan satu lagi mumia yang dianggarkan berusia 800 hingga 1,200 tahun, di wilayah berhampiran Lima. – Bernama

Pihak polis menjumpai mumia yang disembunyikan dalam cooler bag di Peru. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -