Polis rampas 140,000 penutup mulut dan hidung

BOBIGNY, PERANCIS, 27 APRIL – Pihak polis berjaya merampas sebanyak 140,000 topeng hidung dan mulut, dipercayai dijual di pasaran gelap semenjak bermulanya pandemik koronavirus.

Ia direkodkan rampasan terbesar sejak kerajaan Perancis menyekat penjualan semula pelindung itu, bagi memberi keutamaaan kepada pengedaran dalam kalangan petugas kesihatan yang sedang berlawan memerangi pandemik berkenaan.

Dua individu ditangkap ketika mereka sedang memunggah kotak di Saint-Denis, dekat utara Paris, kata sumber polis, semalam.

Seorang daripada mereka mendakwa, beliau peniaga dan membeli penutup mulut dan hidung itu termasuk 5,000 topeng perlindungan tinggi FFP2 di Belanda dengan harga 80,000 euro. – AFP