SHIJIAZHUANG, 21 Jun – Polis di wilayah utara Hebei, China berkata, mereka telah menangkap lima orang kerana dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah, merampas 21 kg dadah methamphetamine di bandar Yanjiao.
Pada bulan Disember 2017, polis di Bandar Langfang menerima maklumat bahawa orang ramai menjual dadah di Yanjiao, sebuah bandar bersebelahan dengan Beijing.
Selepas beberapa bulan penyiasatan, pada 4 Mei, polis menyerbu sebuah apartmen di Yanjiao dan menahan seorang suspek, yang dinamakan sebagai Li, bersama-sama dengan 41 beg dadah yang ditemui di bas mininya.
Sementara lima lagi lainnya yang disyaki melakukan penyalahgunaan dadah juga ditahan di apartmen itu. – Xinhua