Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Polis rampas 3 tan kokain dalam kotak pisang

    ROM, 17 MEI – Dengan bantuan anjing menghidu kokain, polis Itali merampas lebih 2,700 kilogram (kira-kira 3 tan) dadah yang disembunyikan dalam 70 tan kotak pisang yang dihantar dari Ecuador, kata pihak berkuasa semalam.

    Polis menganggarkan bahawa kokain, yang disifatkan mereka sebagai kualiti terbaik, boleh dijual di pasar gelap pada nilai lebih daripada 800 juta euro (AS$900 juta) jika ia sampai ke destinasi terakhirnya di Armenia.

    Polis kastam menjadi curiga tentang dua kontena di atas kapal kargo yang baru tiba di pelabuhan Gioia Tauro, di semenanjung Itali dan kubu kuat puak jenayah terancang ‘ndrangheta.

    Polis memberitahu radio negeri Itali bahawa dokumen dan pemeriksaan latar belakang menunjukkan syarikat penghantaran pisang itu tidak menjalankan perniagaan menghantar buah sebanyak itu.

    Pegawai menggunakan mesin pengimbas dan anjing bernama Joel, untuk mendedahkan paket kokain yang disembunyikan dalam kotak yang disusun beberapa meter tinggi dalam trak kontena.

    Sekiranya dadah itu terlepas dari pengesanan, kontena dengan kokain itu akan meneruskan perjalanan melalui Mediterranean ke pelabuhan Laut Hitam di Georgia untuk penghantaran akhirnya ke Armenia, kata pihak berkuasa.

    Mereka tidak menyatakan bila kapal kontena itu tiba di Gioia Tauro. – AP

    Gambar video menunjukkan seorang pegawai polis menunjukkan kepada anjing di mana mencari kokain dalam kotak pisang di pelabuhan Gioia Tauro, selatan Itali pada 16 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...