Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Polis rampas 36 mesin bitcoin bernilai hampir RM20,000

    IPOH, 25 JAN – Polis menyerbu sebuah premis di sekitar Sitiawan dekat sini semalam yang disyaki membuat penyambungan haram bekalan elektrik dan menjalankan aktiviti perlombongan mesin bitcoin membabitkan kerugian hampir RM20,000.

    Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata serbuan pada kira-kira 9.30 malam itu dilakukan dengan kerjasama juruteknik khas Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan berjaya merampas 36 mesin bitcoin yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri elektrik di daerah Manjung.

    “Kita telah buka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 untuk siasatan oleh polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan berhubung insiden pembakaran mercun dan bunga api secara besar-besaran di Simpang Pulai yang tular di media sosial Facebook.

    Beliau berkata video berdurasi 13 minit 46 saat itu tular hingga menarik perhatian umum apabila kejadian dilakukan di atas jalan raya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...