Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Polis rampas artifak purba dicuri

    ROM, 25 MEI – Pihak berkuasa Itali merampas ribuan artifak arkeologi dan mengeluarkan 21 waran tangkap ketika membongkar satu sindiket pencurian dan penyeludupan peninggalan purba, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Polis Itali hari ini berkata rangkaian jenayah itu termasuk pencuri dan penyeludup tempatan dan antarabangsa dengan operasi mereka berpangkalan di selatan bandar Bari dan mempunyai cawangan di sekitar wilayah Puglia serta wilayah berhampiran, Campania dan Lazio.

    Beribu-ribu artifak, termasuk syiling emas, perak dan gangsa purba serta seramik yang dikeluarkan dalam penggalian haram di kawasan itu telah dirampas.

    Agensi berita ANSA melaporkan kira-kira 3,600 artifak bertarikh antara abad ke-1 dan ke-6 SM dirampas dan setiap artifak mempunyai nilai antara €10,000 dan €60,000. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -