WELLINGTON, 2 MAC – Polis New Zealand hari ini berkata mereka berjaya merampas lebih setengah juta tan methamphetamine di sempadan dan menahan enam orang dalam penangkapan dadah terbesar di negara itu.
Polis berkata mereka telah memintas penghantaran 613 kilogram dadah di lapangan terbang Auckland pada Khamis dan mula membuat penangkapan lewat kelmarin.
Mereka yang ditahan kesemuanya dari Auckland dan berusia antara 27 dan 36 tahun. Mereka didakwa mengimport dan membekalkan dadah, serta terlibat dalam pengubahan wang haram.
Polis berkata antara yang ditahan mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng yang berpangkalan di Australia, Comanchero Motorcycle Club. Mereka berkata dadah itu bernilai AS$166 juta.
Pesuruhjaya Polis, Andrew Coster berkata dadah mampu menyebabkan kemudaratan kepada komuniti yang terdedah disasarkan oleh penjenayah.
Polis berkata mereka meneruskan siasatan dan mungkin menahan lebih ramai orang. Walau bagaimanapun, mereka tidak memberitahu asal usul dadah itu dihantar. – AP