Polis Riyadh tembak dua penjenayah IS

RIYADH, 8 Jan – Kementerian Dalam Negeri Saudi telah memberitahu kelmarin berkenaan dengan penembakan maut dua militan tempatan di ibu kota Riyadh, Saudi Press Agency melaporkan.

Kementerian itu menegaskan bahawa kedua-dua telah terbunuh dalam satu serbuan selepas mengetahui bahawa mereka telah bersembunyi di sebuah rumah di utara Riyadh. Pihak polis meminta mereka menyerah diri tetapi mereka bertindak balas dengan menembak para tentera.

Kementerian itu mengesahkan bahawa militan yang maut tersebut adalah dari kumpulan militan IS.

Kementerian itu juga mengesahkan bahawa membunuh mereka telah menghalang serangan pengganas daripada berlaku kerana ketika itu mereka sedang menggunakan peletup tali pinggang ketika serbuan itu dilakukan.

Polis telah merampas bahan letupan tali pinggang, bom tangan buatan sendiri dan bahan kimia.

Arab Saudi telah menyaksikan banyak serangan pengganas maut dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Menurut laporan tempatan yang dikeluarkan pada bulan September 2016, negara ini telah merekodkan sebanyak 22 serangan pengganas sejak 2014 yang mengorbankan 95 orang dan mence-derakan berpuluh-puluh orang awam dan anggota polis. – Xinhua