Polis ronda sungai kering-kontang

TEHRAN, 28 NOV – Polis rusuhan Iran hari ini meronda dasar sungai yang mengering di tengah bandar Isfahan di mana protes ke atas kekurangan air membawa kepada pertempuran ganas dua hari sebelumnya.

Kemarau dan lencongan air telah dikenal pasti punca kekeringan laluan air Zayandeh-Rood dari gunung Zagros hingga bandar yang terkenal dengan jambatan sungai ikoniknya.

Protes air sejak 9 November telah ada kalanya mendorong ribuan penunjuk perasaan ke bandar itu, di mana perhimpunan besar pada Jumaat bertukar menjadi pertempuran yang mana seramai 67 orang telah ditangkap.

Ketenangan kembali pulih, kata jurugambar tempatan menerusi telefon dari Isfahan, bandar ketiga terbesar negara itu, 340km dari selatan Tehran.

“Pagi ini, bandar itu tenang dan kesesakan lalu lintas juga normal. Saya menyaksikan polis rusuhan meronda dasar sungai antara jambatan bersejarah, namun jumlahnya kurang daripada kelmarin,” kata jurugambar.

Para pembantah menyalahkan pihak berkuasa kerana mengalihkan air ke wilayah jiran, Yazd yang juga terdesak dengan kekurangan air. – AFP

Imej dari video menunjukkan pertempuran sehari sebelumnya antara pembantah dan pasukan keselamatan Iran. – AFP