Thursday, February 9, 2023
32.3 C
Brunei

-

Polis Sabah dan Mamee Double-Decker salur bantuan

KOTA KINABALU, 23 Okt – Polis Sabah dan syarikat Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd hari ini mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara di Kota Belud.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata sumbangan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan untuk meringankan beban mangsa yang terlibat.

“Kita telah menerima 300 kotak Maggi Mamee daripada syarikat berkenaan dan hari ini kita akan mengagih-agihkannya kepada mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Kota Belud,” katanya kepada pemberita di sini hari ini sebelum berlepas ke Kota Belud untuk mengagihkan bantuan tersebut.

Setakat ini, mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud menurun kepada 2,073 orang hingga 1:30 tengah hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir di pusat penempatan Dewan Tun Said Kota Belud ketika melawat mangsa banjir tengah malam tadi. – Bernama

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah satu daripada lapan pusat pemindahan yang dibuka sebelum ini iaitu Dewan Gopog Taginambur ditutup 11:50 tengah hari tadi.

Pusat pemindahan sementara itu ialah Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said, Dewan SMK Taun Gusi 1, Dewan SMK Taun Gusi 2, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taun Gusi, Dewan Gopok Taginambur, Dewan Muhibah Tombol dan Dewan SK Pekan.

Sementara itu, seramai 34 mangsa daripada sembilan keluarga dari Penampang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Lembaga Sukan Penampang disebabkan rumah mereka terlibat tanah runtuh ekoran hujan lebat dan angin kencang sejak beberapa hari lepas. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kim Jong Un bawa anak perempuan lawat markas tentera

SEOUL, KOREA SELATAN, 8 FEB - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membawa anak perempuannya melawat kem tentera bagi menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan...
- Advertisment -