KOTA KINABALU, 22 MEI – Polis Sabah menubuhkan sebuah Pasukan Khas yang akan memantau aktiviti sambutan Hari Raya Aidilfitri di negeri ini agar tidak melanggar Prosedur Standard Operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, walaupun Sabah tiada larangan rentas daerah namun orang ramai dinasihat agar mengehadkan pergerakan