Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Sandakan rampas 55 gram syabu, tahan lima individu

    SANDAKAN, 6 Okt – Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah susulan penemuan 55 gram syabu bernilai kira-kira RM6,000 dalam serbuan di sebuah rumah kedai BDC, di sini.

    Ketua Polis Daerah sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata suspek yang berusia 18 hingga 53 tahun itu merangkumi dua warga tempatan termasuk wanita terbabit manakala tiga lagi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

    Dalam serbuan 10:30 malam pada Rabu itu, polis menemui 17 peket plastik kecil mengandungi hablur dipercayai syabu di dalam satu bekas plastik lut sinar bersama alat penimbang di atas meja di dalam rumah kedai berkenaan, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

    Selain itu, pemeriksaan ke atas seorang suspek mene-mukan lapan lagi peket plastik yang disyaki mengandungi syabu, katanya.

    Beliau berkata berdasarkan kuantiti dadah yang dirampas, polis percaya bahan itu hanya untuk diedarkan di sekitar daerah ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda