Thursday, February 20, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Sarikei gempur penyalahgunaan dadah, 159 ditahan

    SARIKEI, 20 Julai – Polis daerah Sarikei menjalankan tindakan agresif dan menyeluruh bagi menggempur aktiviti penyalahgunaan sejak awal tahun ini, hasilnya 159 individu yang positif dadah telah ditahan sehingga Jun lalu.

    Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Mat Jusoh Muhammad berkata, tangkapan itu merupakan sebahagian daripada 199 kes yang diarah untuk menjalani saringan ujian air kencing kerana disyaki menyalahgunakan dadah.

    Statistik tangkapan dalam tempoh sama tahun lalu adalah 116 orang daripada 150 kes.

    “Peningkatan ini adalah berikutan tindakan agresif dan menyeluruh yang kita jalankan dan usaha ini akan kita teruskan lagi,” katanya di sini, hari ini.

    Katanya kes kesalahan memiliki dadah turut meningkat iaitu 31 kes dengan 42 tangkapan berbanding hanya 30 kes dengan 40 tangkapan bagi tempoh sama tahun lalu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda