Polis sedia cegah keganasan di Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 28 Julai – Polis Israel bersiap sedia bagi keganasan baru hari ini sebelum solat Jumaat di tapak suci Baitulmaqddis, dengan menegah lelaki-lelaki berusia di bawah 50 tahun selepas pertempuran meletus ketika orang Palestin menamatkan boikot halaman masjid.

Ketegangan di Haram al-Sharif, yang dikenali sebagai Temple Mount bagi orang Yahudi, adalah tinggi meskipun selepas beribu-ribu orang Islam kembali ke tapak suci itu, yang melingkungi Masjid Al- Aqsa dan Kubah Shakhrah ekoran boikot dua minggu ekoran langkah keselamatan baru yang akhirnya dialihkan oleh Israel.

Solat Jumaat lazimnya menghimpunkan beribu-ribu umat Islam ke Al-Aqsa, dan menurut polis terdapat ‘indikasi gangguan dan tunjuk perasaan akan mengambil tempat hari ini.”

“Hanya lelaki-lelaki berusia lebih 50 tahun akan dibenarkan,” menurut kenyataan polis. Tidak akan pengetatan dikenakan ke atas wanita.

“Sebilangan jalan raya sekitar Kota Lama akan terbatas kemasukannya dan semua langkah keselamatan yang perlu diambil untuk mencegah dan untuk memberi respons pada sebarang letusan keganasan,” menurut polis lagi.

Semalam, Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin berkata kira-kira 100 orang tercedera di dalam halaman masjid Al-Aqsa dan di kawasan bersebelahan Kota Lama selepas pertempuran meletus, dengan menurut pihak polis batu dihumbankan ke arah para pegawai di dalam halaman itu.

Beribu-ribu orang umat Islam sebelumnya memasuki halaman itu bagi solat Zuhur buat pertama kali dalam tempoh dua minggu, yang menamatkan boikot selepas Israel mengalihkan langkah keselamatan baru berkontroversi, yang dipasang selepas serangan 14 Julai yang mengorbankan dua orang anggota polis. – AFP