Polis selamatkan 41 ekor anjing kelaparan

MADRID, 18 OGOS – Polis Sepanyol mengatakan hari ini bahawa mereka telah menyelamatkan 41 ekor anjing yang kekurangan zat dan kehausan dari sebuah ladang dan mendakwa pemiliknya melakukan penganiayaan haiwan.

Pegawai dari pasukan polis Guardia menyerbu ladang berhampiran bandar Quintanar de la Orden di wilayah tengah Toledo kelmarin setelah menerima aduan dari persatuan kebajikan haiwan, kata seorang jurucakap polis tempatan.

“Terima kasih kepada yang memberikan maklumat, ia dapat menyelamatkan nyawa 41 ekor anjing yang kekurangan zat makanan, gangguan otak, kelemahan fizikal dan dehidrasi,” kata polis dalam satu kenyataan. – AFP