Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Polis Selangor tumpas dua sindiket proses dan edar dadah

    SHAH ALAM, 21 SEPT – Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah susulan penahanan lima lelaki tempatan dan merampas dadah bernilai RM20.56 juta, hasil beberapa serbuan di sekitar Selangor pada 13 dan 15 September lepas. 

    Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata bagi penahanan sindiket pertama, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor bersama JSJN Bukit Aman menjalankan operasi bermula 6:45 petang 13 September dan menahan dua lelaki di sekitar Ampang dan Puchong. 

    “Dipandu oleh kedua lelaki berkenaan, pihaknya pada 9:15 malam menyerbu sebuah kediaman di Sri Damansara serta menahan seorang lelaki dan menemukan 112 ketulan mampat disyaki heroin base dengan anggaran berat 43.48 kilogram (kg) dan 89,500 biji pil Eramin 5 dengan anggaran berat 27.2kg,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

    Bagi penahanan sindiket kedua, Arjunaidi berkata hasil kerjasama antara JSJN Selangor, JSJN Johor dan JSJN Negeri Sembilan, pihaknya membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah di sebuah rumah di Damansara Perdana, Petaling Jaya serta menahan dua lelaki tempatan pada 6:10 petang, 15 September.  

    Secara keseluruhan, Arjunaidi berkata dianggarkan sekitar 299.33kg dadah bernilai RM20.56 juta dirampas daripada kedua-dua sindiket berkenaan selain turut menyita dua kereta, lima motosikal dan wang tunai berjumlah RM152,001. – Bernama

    Datuk Arjunaidi Mohamed (dua, kiri) menunjukkan dadah yang dirampas ketika sidang media berkaitan kejayaan anggota polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...