Polis serbu firma dron dibeli oleh China

ROM, 2 SEPT – Polis Itali berkata hari ini mereka telah menyerbu sebuah syarikat khusus dalam dron tentera yang dipercayai telah dibeli secara haram oleh firma negara China.

Polis jenayah kewangan berkata mereka telah mengenal pasti tiga warga Itali dan tiga pengurus China disyaki melanggar undang-undang pengedaran senjata dan dalam pelindungan syarikat strategik Itali.

Siasatan oleh pendakwa raya di Pordenone, Itali, mendapati pada 2018 sebuah syarikat berpusat di Hong Kong telah membayar harga mahal untuk 75% pemilikan syarikat Itali, yang mempunyai kontrak dengan kementerian pertahanan. – AP