Polis serbu hospital rahsia rawat pesakit virus

MANILA, FILIPINA, 20 MEI – Polis Filipina menyerbu sebuah hospital dan kedai ubat yang secara rahsia merawat warga China yang disyaki dijangkiti koronavirus, kata para pegawai polis hari ini.

Dua orang telah ditangkap dan seorang pesakit ditemui semasa serbuan kelmarin di sebuah vila kediaman yang secara tidak sah ditukar menjadi sebuah hospital tujuh katil dan kedai ubat, kata Brigadier Jeneral Polis, Rhoderick Armamento.

Lebih 200 alat yang disyaki kit uji koronavirus dan picagari ditemui dari tong-tong sampah di vila itu. Hospital dan kedai ubat itu beroperasi di sebuah bilik besar dilengkapi kolam renang di belakang kawasan tersebut, menurut video polis dan Armamento.

Pesakit lelaki Cina itu kemudian dipindahkan ke hospital Filipina. Mereka yang ditangkap merupakan pentadbiran hospital warga Cina, yang mungkin telah beroperasi secara rahsia selama tiga bulan, dan rakan subahatnya mengendalikan kedai ubat, katanya.

“Mereka telah mempraktikkan perubatan dan mempreskripsikan ubat tanpa lesen. Pesakit Cina itu telah dirawat di sana mungkin masih lagi berjalan di sekitar awam dan menjangkiti orang lain,” kata Armamento melalui telefon.

Vila itu terletak dalam Zon Ekonomi Khas dan Pelabuhan Bebas Clark, bekas pangkalan tentera udara AS yang ditukar menjadi pusat komersial dan riadah dengan enklaf kediaman kelas atas di barat laut Manila. Kebanyakan klien kemudahan perubatan itu mungkin datang dari sejumlah besar warga Cina yang bekerja dalam perkakasan perjudian online di Clark, kata Armamento. – AP

Gambar yang disiarkan pada 19 Mei menunjukkan pasukan polis memakai sut pelindung memeriksa hospital sulit dalam serbuan ke atas vila kediaman. – AP