Thursday, December 12, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis serbu pejabat Presiden Yoon, ibu pejabat polis

    SEOUL, 11 DIS – Polis Korea Selatan bertindak menyerbu pejabat Presiden Yoon Suk-yeol dan beberapa jabatan polis sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap kegagalan beliau melaksanakan undang-undang tentera, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    Serbuan dilakukan di Pejabat Polis Metropolitan Seoul dan Pasukan Pengawal Polis Parlimen, lapor agensi berita Yonhap.

    Laporan menyebut Presiden Yoon tidak berada di bangunan pejabatnya semasa serbuan dijalankan.

    Pada 3 Disember, Yoon mengisytiharkan undang-undang tentera sambil mendakwa parti pembangkang terlibat dalam ‘aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan’.

    Bagaimanapun, Parlimen menolak pengisytiharan itu dan mengundi untuk membatalkan undang-undang tentera berkenaan.

    Speaker Parlimen, Woo Won-shik kemudian mengisytiharkan bahawa pengisytiharan presiden tidak sah susulan undian oleh Ahli Parlimen.

    Yoon menarik balik pengisytiharan undang-undang tentera dan memohon maaf kepada rakyat.

    Beliau kemudiannya dilarang meninggalkan negara sementara siasatan terhadap insiden itu diteruskan.

    Dalam pada itu, bekas Menteri Pertahanan, Kim Yong-hyun ditahan berkaitan siasatan terhadap kemungkinan kes pengkhianatan. – Bernama

    Kakitangan media menunggu pasukan siasatan khas polis di luar Pejabat Presiden Korea Selatan dan Kementerian Pertahanan di Seoul, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda