Polis siasat Anwar

KUALA LUMPUR, 16 OKT – Polis Malaysia hari ini telah menyoal siasat Anwar Ibrahim terhadap desakannya untuk menggugurkan kerajaan ketika ini dan menjadi perdana menteri, dengan pemimpin pembangkang membantah siasatan itu sebagai ‘gangguan politik’.

Ahli politik veteran itu mengumumkan bulan lalu bahawa dia telah meraih sokongan yang mencukupi daripada ahli parlimen untuk merebut tampuk pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin.

Dia juga telah mengadakan pertemuan dengan Agong minggu ini untuk menghadapkan sokongannya menjadi perdana menteri, walaupun terdapat ketidakpastian dalam senarai nama ahli parlimen yang memberi sokongan kepadanya.

Polis memanggil Anwar untuk disoal siasat berikutan aduan daripada penggubal undang-undang terhadap senarai nama-nama yang menyokongnya.

Anwar mengatakan bahawa polis telah memintanya untuk menyerahkan senarai ahli parlimen tersebut tetapi dia menolak dengan alasan bahawa hanya Agong yang berhak untuk mengetahuinya. – AFP