Polis siasat kes pewaris Red Bull digugurkan

BANGKOK, 27 JULAI – Polis Thailand hari ini memulakan siasatan dalaman berhubung tuduhan ke atas pewaris jutawan Red Bull dalam kes langgar lari hingga mengakibatkan kematian telah digugurkan ketika kemarahan membahang berhubung budaya bebas hukuman dalam kalangan orang berada.

Vorayuth ‘Boss’ Yoovidhya, cucu pengasas syarikat gergasi minuman tenaga Red Bull, dituduh mengakibatkan kematian seorang pegawai polis ketika kereta Ferrarinya terbabit kemalangan di Bangkok pada 2012.

“Jeneral Polis Jakthip Chaijinda sudah menubuhkan pasukan penyiasat yang mengambil masa selama 15 hari. Tempoh itu akan digunakan untuk mencari fakta, sekali gus membolehkan semua orang melihat ketelusan dan keadilan sama ada kes itu mengikut prosedur polis,” kata jurucakap polis, Krissana Pattanacharoen. – AFP