BERLIN, 14 DIS – Beberapa tingkap masjid di utara bandar Jerman, Leipzig telah pecah selepas puluhan orang melepaskan bunga api, membakar tong sampah dan membaling botol ke arah kereta, kata polis hari ini. Tidak dapat dipastikan jika masjid itu jadi sasaran dengan sengaja.
Tingkap-tingkap pecah petang kelmarin, polis memberitahu agensi akhbar dpa. Sebelum itu, sekumpulan 80 orang berarak berdekatan dan membaling cat dan batu ke arah kereta polis peronda. Pihak polis menganggarkan jumlah kerosakan terjadi semasa insiden itu sebanyak AS$34,000.
Masjid itu – yang dijalankan oleh Persatuan Keagamaan Islam Turki – merupakan masjid satu-satunya yang rosak, tetapi polis tidak mengatakan jika kerosakan itu disengajakan dan tidak ada satu berita jika ada sebarang motif politik.
Tidak ada penangkapan, walaupun anggota-anggota polis telah menahan 12 orang untuk di bawah ke balai polis untuk mendaftarkan identiti mereka. Pada awalnya pihak polis telah mengaitkan serangan itu dengan pergerakan kumpulan dipercayai kumpulan berhaluan kiri. Mereka membuka penyiasatan terhadap pelanggaran keamanan. – AP