Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Polis tahan 23 suspek Letupan masjid Pakistan

    PESHAWAR, PAKISTAN, 1 FEB – Polis di Pakistan telah menahan 23 orang berhubung letupan di sebuah masjid di dalam ibu pejabat polis yang mengorbankan 101 orang, kata seorang pegawai kanan yang enggan namanya didedahkan hari ini.

    Pihak berkuasa juga menjalankan siasatan kemungkinan orang di dalam perkarangan itu membantu menyelaraskan serangan itu, kata pegawai kanan polis wilayah itu kepada AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

    Seorang pengebom berani mati menyelinap masuk tanpa dikesan ke dalam kawasan yang sangat sensitif di barat laut Peshawar dan meletupkan bahan ledakan dalam kalangan jemaah di masjid itu pada Isnin, menyebabkan tembok runtuh dan mengorbankan para pegawai.

    “Kami telah menahan orang dari polis (ibu pejabat) untuk mengetahui cara bahan letupan diseludup dan melihat sama ada pegawai polis turut terlibat dalam serangan itu,” kata pegawai kanan itu.

    “Penyerang dan pelakunya mungkin mempunyai hubungan di luar Pakistan.”

    Beliau berkata sebahagian daripada 23 yang ditahan itu juga dari bandar itu dan kawasan bekas puak berhampiran yang bersempadan dengan Afghanistan.

    Pihak berkuasa sedang menyiasat bagaimana pelanggaran keselamatan besar boleh berlaku di salah satu kawasan yang paling dikawal ketat di bandar itu, menempatkan biro risikan dan pencegah keganasan serta bersebelahan dengan sekretariat wilayah.

    Militan peringkat rendah, sering menyasarkan pusat pemeriksaan keselamatan, semakin meningkat di kawasan Peshawar yang bersempadan dengan Afghanistan sejak Taliban menguasai Kabul pada Ogos 2021.

    Kebanyakan serangan itu diakui dilakukan oleh Taliban Pakistan, serta cabang IS, tetapi serangan beramai-ramai masih jarang berlaku. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...