Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Polis tahan doktor didakwa ketua pemberontak

    MANILA, 20 FEB – Polis Filipina menahan seorang doktor di ibu kota Manila, mendakwa dia sebagai ketua kumpulan pemberontak Maois yang melancarkan pemberontakan selama berdekad-dekad terhadap kerajaan.

    Maria Natividad Castro, 53, ditahan tanpa ikat jamin dan akan dibicarakan atas dakwaan menculik, yang mana mahkamah rendah telah mengarahkan penangkapannya pada 2020, menurut kenyataan pihak polis yang dikeluarkan Jumaat malam.

    Tetapi bekas majikannya, pemerhati hak asasi manusia, Karapatan, berkata Castro berdepan dakwaan ‘dibuat-buat’ selepas dia menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia di wilayah Mindanao sementara membangunkan pusat kesihatan komuniti di sana.

    Dia ditahan pada Jumaat di kediamannya, dan dituduh terlibat sebagai sebahagian daripada jawatankuasa pusat Parti Komunis Filipina.

    “Karapatan mengecam penahanan ahli hak asasi manusia dan petugas kesihatan, Dr Naty Castro sebagai salah satu serangan terhadap pejuang hak asasi manusia,” kata kumpulan itu, yang merujuk Castro dengan nama timangan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...