Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Polis tahan lelaki hina Islam

    KUALA LUMPUR, 17 JULAI – Polis menahan seorang lelaki berumur 39 tahun yang disyaki menghina agama Islam di media sosial, di sebuah rumah di Puchong dekat sini, kira-kira pukul 12:30 tengah hari tadi.

    Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan dalam kenyataan hari ini berkata siasatan mengenainya sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Ibupejabat Polis Bukit Aman, mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Terdahulu tular sebuah video berdurasi 36 saat memaparkan seorang lelaki dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW, Allah SWT serta agama Islam, dan turut mencabar pertubuhan badan bukan kerajaan yang berkaitan untuk bersemuka dengannya.

    Turut tular hari ini adalah beberapa klip video yang memaparkan lelaki terbabit dipukul di hadapan rumahnya oleh beberapa individu yang tidak dikenali, dipercayai berpunca daripada cabarannya itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...