Polis tahan lelaki, rampas dadah RM743,280

KOTA KINABALU, 25 FEB – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah, dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Lintas, Kepayan di sini Sabtu lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata dalam serbuan jam 9:25 pagi itu, pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM743,280.

“Bertindak atas maklumat, kita telah menahan seorang lelaki berusia 47 tahun berasal dari Sibu, Sarawak, di kawasan lot parkir tingkat bawah kondominium berkenaan. – Bernama