Polis tahan suspek ‘Fast & Furious’

BUCHAREST, 10 MAC – Polis Perancis dan Romania telah menahan 37 orang di Romania yang disyaki tergolong dalam sebuah kumpulan jenayah terancang yang melibatkan lebih 150 pencuri kargo lebuh raya dari trak-trak yang sedang bergerak, agensi pihak berkuasa EU berkata hari ini.

Europol menganggarkan kerosakan yang telah dibuat oleh pencuri-pencuri tersebut melebihi 10 juta euro dan membandingkan kaedah mencuri seperti dalam filem ‘Fast & Furious’.

Menurut Europol, pencuri-pencuri, yang berasal dari Romania tetapi beroperasi sekitar Eropah, memandu sebuah kereta di hadapan trak, memaksanya untuk memperlahankan kelajuan, sementara dua buah kereta menunggu di lalu lintas berdekatan.

Dalam masa yang sama, pencuri-pencuri dalam kereta yang keempat kena memandu di belakang trak, menaikinya melalui bumbung kereta di mana mereka akan memecah masuk kunci trak dan mengeluarkan barang-barang berharga dari kargo.

Barang-barang kemudiannya sama ada dipindahkan ke dalam kereta atau dicampakkan ke tepi jalan dan kemudian mereka akan mengutipnya.

Prosiding hari ini di Romania akan dihadiri oleh 31 orang suspek yang ditahan termasuk dari Perancis, Sepanyol, Belanda dan Sweden. – AP