VERBANIA, ITALI, 26 MEI – Polis Itali hari ini menahan tiga pengurus pengendali sebuah kereta kabel yang jatuh terhempas yang membunuh 14 orang, menuduh mereka sengaja mematikan brek kecemasan.
Seorang budak lelaki berusia lima tahun, satu-satunya mangsa terselamat dari tragedi Ahad lalu di gunung Mottarone yang menghadap Tasek Maggiore di barat laut Itali, namum dalam keadaan kritikal di hospital.
Ketiga-tiga suspek dituduh sengaja mematikan brek yang boleh menghentikan kereta kabel ke belakang ketika kabel tersekat, untuk mengelakkan kelewatan berikutan kerosakan.
“Pejabat pendakwa raya telah memerintahkan tiga tangkapan untuk pemecatan atau langkah berjaga-jaga terhadap kemalangan di tempat kerja,” kata jurucakap polis Carabinieri kepada AFP. – AFP