Polis tangkap pesalah Korea U yang lari dari penjara

BEIJING, 28 NOV – Polis China berjaya menangkap seorang banduan Korea Utara yang bertindak berani melarikan diri dari penjara Oktober lalu dan hilang selama lebih 40 hari, kata pihak berkuasa, hari ini.

Pegawai di timur laut China menawarkan ganjaran AS$23,000 kepada sesiapa yang dapat menangkap semula banduan itu, yang mencetuskan minat ramai dalam media sosial.

Banduan berusia 39 tahun, yang dikenal pasti dengan nama Cina sebagai Zhu Xianjian, dipenjara di negara itu selepas melarikan dari Korea Utara.

Dia melarikan diri dari fasiliti di bandar Jilin dengan memanjat bangsal dan mlompat dari tembok sebelah luar pada 18 Oktober, dan gagal dikesan sebelum ditangkap semula Ahad lalu.

Polis Jilin dalam satu kenyataan, berkata banduan itu sudah menerima teguran pada jam 10 pagi ini, tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.

Video yang dikongsikan agensi media kerajaan, Beijing News menunjukkan seorang lelaki yang kelihatan kurus dibawa beberapa pegawai, berserta gambarnya terbaring di atas tanah dengan tangan di belakang. – AFP