Polis tembak isteri, anak perempuan

THE HAGUE, 10 SEPT – Seorang wanita maut akibat luka kecederaan di hospital selepas suaminya yang merupakan anggota polis menembaknya dan dua anak perempuan mereka sebelum membunuh dirinya, kata pendakwa hari ini.

Kejadian tembakan berlaku pada malam semalam di sebuah rumah di bandar Belanda Dordrecht, sebuah bandar sungai yang terletak kira-kira 25 kilometer dari barat daya pelabuhan Rotterdam.

Polis berkata pegawai berusia 35 tahun itu, dikenali sebagai Wendell C. dalam media Belanda, menembak mati dua anak perempuannya berusia 12 dan lapan tahun, dan meninggalkan isterinya cedera parah sebelum membunuh dirinya.

Wanita berusia 27 tahun itu “meninggal dunia akibat luka kecederaan di hospital pada pagi ini,” beritahu jurucakap perkhidmatan pendakwaan awam Rotterdam Rubinia Tjon-A-Sam.

“Kami masih menyiasat tetapi kami percaya ia ada kena mengena dengan masalah keluarga.”

Satu kenyataan polis berkata ‘lelaki terbunuh itu ialah seorang anggota polis dari unit polis Rotterdam.’

Lelaki dan isterinya sedang dalam proses perpisahan namun masih tinggal bersama di rumah yang sama, lapor media Belanda. – AFP

Polis mengawal selepas satu kejadian tembakan di mana beberapa mangsa terbunuh, di Heimerstein, Dordrecht, pada 9 September 2019. – AFP