Polis temui bukti serangan seksual

BANGALORE, India, 4 Jan – Polis India memfailkan satu kes selepas menemui bukti ‘yang boleh dipercayai’ sekumpulan lelaki yang melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita pada sambutan menjelang Tahun Baru, insiden yang mencetuskan kemarahan.

Praveen Sood, Pesuruhjaya polis bandar Bangalore, berkata penyiasatan telah ditubuhkan terhadap dakwaan seorang wanita yang menghadiri keraian malam minggu dikejar, diraba, dicabuli dan dirompak.

Pengumuman itu menyusul kemarahan orang awam terhadap ulasan-ulasan oleh menteri setempat yang menyalahkan serangan di selatan bandar itu – dan pusat IT yang digambarkan selamat bagi wanita – dengan ‘berpakaian barat’.

“Seperti yang dijanjikan kami telah menemui bukti yang boleh dipercayai…kami mengambil tindakan dengan mendaftarkan FIR (laporan maklumat pertama). Penyiasatan masih lagi dijalankan,’ kata Sood dalam tweet lewat semalam.

Dia berkata polis bertindak selepas melihat rakaman dari 45 kamera CCTV yang dipasang di tengah bandar itu di mana beratus orang yang bertemasya berhimpun bagi menyambut tahun baru.

Rakaman video yang tersebar dalam media sosial menunjukkan seorang wanita menangis dan menjerit meminta tolong. – AFP