BRISBANE, Australia, 2 April – Air banjir yang masih naik terus melanda beberapa kawasan timur Australia ketika para pekerja kecemasan berusaha mengembalikan bekalan air dan elektrik di kawasan-kawasan yang dilanda puting beliung, dengan usaha pemulihan dijangkakan mengambil masa beberapa bulan.
Kira-kira dua orang terbunuh dan beberapa orang dilaporkan hilang selepas hujan lebat menenggelamkan kawasan-kawasan besar di negeri-negeri Queensland dan New South Wales (NSW), rumah dilanda banjir dan memaksa berpuluh-puluh ribu orang dipindahkan.
Puting beliung Debbie kategori empat melanda Queensland Selasa lalu antara Bowen dan Airlie, mencabut pokok-pokok dan mengakibatkan kerosakan meluas yang masih sedang ditaksir nilainya.
Puting beliung menjadi ribut tropika ketika ia melalui tenggara sepanjang minggu ini, dengan membawa angin kencang dan menurunkan hujan di pantai timur Sydney sebelum menuju Lautan Tasman.
Meskipun langit mula cerah, beberapa buah bandar masih dalam amaran banjir dan beberapa buah rantau masih ditenggelami air.

Logan yang terletak di selatan Brisbane memperlihatkan pelbagai situasi, dengan air banjir yang naik yang menjejaskan beberapa kawasan sementara beberapa bahagian lain dalam suasana pembersihan ketika air mulai surut.
“Tidak ada hadnya pada peringkat ini tentang apakah maksudnya,” tambahnya tentang kemungkinan nilai kerosakan.
Di Rockhampton di timur tengah Queensland, para penduduk bersiap sedia bagi banjir terbesar sejak 1954 dengan tahap tertinggi dijangka dicapai lewat Rabu atau awal Khamis.
“Debbie belum berakhir lagi,” Perdana Menteri Queesnland Annastacia Palaszczuk berkata apabila melawat Rockhampton Sabtu lalu.
“Puting beliung ini akan menjadi yang terbesar,” tambahnya hari ini.
Hujan lebat juga melanda selatan sempadan Queensland di New South Wales, yang membawa banjir teruk di beberapa buah bandar. – AFP