Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Polis Thailand tahan pemimpin kultus memuja mayat

    BANGKOK, 10 MEI – Polis di timur laut Thailand telah menahan seorang penghuni hutan yang mendakwa dirinya orang suci, yang pengikutnya dipercayai memuja mayat-mayat dan meminum cecair badan sebagai penyembuh penyakit, pegawai-pegawai berkata pada Isnin.

    Keadaan menjadi huru-hara apabila pegawai-pegawai menyerbu rumah beratap jerami milik Thawee Nanra, 75, di dalam hutan di wilayah Chaiyaphum, pada Ahad.

    Para pengikutnya menjerit dan bertolak-tolakan dengan anggota polis apabila lelaki berambut putih, berjanggut dan tanpa pakaian itu diiringi ke kenderaan polis.

    Polis berkata, mereka menemui 11 mayat di premis berkenaan dan media tempatan berkata ia dipercayai mayat pengikut-pengikutnya.

    Gabenor Wilayah Kraisorn Kongchalad berkata, Thawee mempunyai sekurang-kurangnya 12 orang pengikut yang tinggal bersamanya.

    Keranda-keranda yang mengandungi mayat ditemui di sekelilingi rumah itu. Para pengikut dilaporkan memberitahu pihak berkuasa bahawa air kencing dan kahak pemimpin itu dipercayai menyembuhkan penyakit-penyakit. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...