Polis tumpas penyeludupan terbesar bernilai AS$26.9 juta

HONG KONG, 7 OKT – Pihak berkuasa Hong Kong hari ini berkata mereka telah menumpaskan penyeludupan terbesar, merampas barangan termasuk spesies terancam bernilai sekitar AS$26.9 juta.

Kerajaan berkata sindiket penyeludupan beroperasi menggunakan bot laju dan empat trak juga telah dirampas dalam serbuan itu.

Ia berkata lelaki berusia 34 tahun telah ditangkap dalam operasi yang bermula pada Jun dan turut menumpaskan penyeludup yang beroperasi di New Territories dekat tanah besar China pada 23 September.

“Ini adalah kes penyeludupan terbesar dari segi bentuk penyeludupan menerusi udara, laut dan tanah dikesan oleh Jabatan Kastam yang direkodkan berdasarkan jumlah nilai rampasan,” kata kerajaan.

Barangan rampasan yang dipamerkan semasa sidang media termasuk tanaman, beg tangan mewah, rokok, sirip ikan yu, yang dianggap sebagai hidangan lazat di selatan China.

Permintaan tinggi terhadap barangan mewah di bandar selatan China separa autonomi itu sangat mudah didapati menerusi pelbagai saluran udara dan laut menembusi pasaran dunia.

Bagaimanapun, para pegawai semasa sidang media itu berkata barangan diseludup kelihatannya dijual untuk pelanggan di tanah besar China. – AP

Antara tanaman terancam yang dirampas oleh Kastam Hong Kong dalam operasi anti penyeludupan, dipamerkan semasa sidang media di Hong Kong pada 7 Oktober. – AP