Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Polis tumpas sindiket edar syabu

    GEORGE TOWN, 31 MAC – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 183.6 kilogram (kg) syabu bernilai RM6.0588 juta, dalam siri serbuan di negeri ini dan Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri turut menahan enam lelaki termasuk lima warga asing dalam operasi terancang itu, melibatkan lima lokasi serbuan.

    “Dalam serbuan pertama, polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan di kawasan Auto City Juru dekat sini, dalam sebuah kereta jenis Honda CRV pada 6 petang Rabu dan pemeriksaan menemui lima bongkah plastik hitam mengandungi 178 bungkusan berisi syabu.

    “Semua dadah yang anggaran berat 183.6 kg itu bernilai RM6.0588 juta dan dipercayai syabu tersebut untuk dibawa ke negara jiran dengan menggunakan bot nelayan serta laluan laut,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

    Susulan penahanan itu, polis menyerbu tiga lagi lokasi di sekitar Pulau Pinang.

    Mohd Shuhaily berkata polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 4 pagi semalam dan menahan seorang lelaki tempatan, selain merampas wang tunai RM500,000 serta menyita tujuh kenderaan mewah, antaranya Porsche Panamera dan Toyota Alphard. – Bernama

    Mohd Shuhaily (kanan) menunjukkan sebuah bot fiber yang disita pada sidang media di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban, George Town, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...