Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Polis tumpas sindiket seludup pendatang guna jet mewah

    ROM, 15 SEPT – Polis di Itali dan Belgium telah menahan lima orang yang dituduh menyeludup pendatang yang membawa pasport diplomatik palsu ke Eropah dengan menaiki jet mewah, kata polis Itali hari ini.

    Pendatang telah membayar sehingga 10,000 euro setiap seorang untuk diterbangkan dari Turki ke negara-negara Eropah dengan menaiki jet yang ditempah secara tidak jujur oleh penyeludup untuk diplomat, kata ketua polis di bandar Bari di selatan Itali, Costantino Scuderi.

    Sekurang-kurangnya lima penerbangan sedemikian dibuat antara Oktober dan Disember 2020 yang telah mengangkut pendatang ke lima negara berasingan. Satu penerbangan mendarat di Bari pada November 2020.

    Pendatang tersebut kebanyakannya terdiri daripada warga Kurd atau Iraq yang membawa dokumen diplomatik palsu dari St. Kitts & Nevis, dan rancangan penerbangan menunjukkan negara Caribbean itu sebagai destinasi terakhir selepas singgah di Eropah.

    Bagaimanapun, sebaik tiba di Eropah, penumpang akan mengisytiharkan warganegara sebenar mereka dan meminta suaka atau perlindungan politik, menurut polis Itali.

    Operasi penyeludupan itu diketuai oleh seorang lelaki Mesir yang menetap di Brussels yang juga seorang juruterbang.

    Dia ditangkap kelmarin di Brussels bersama seorang wanita Tunisia, manakala dua abangnya ditahan di Rom bersama seorang suspek Itali.

    Polis Itali berkata, penahanan itu merupakan kemuncak siasatan melibatkan polis di Jerman, Perancis dan Austria, selain Itali dan Belgium, yang diselaraskan oleh Europol, dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS). – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...