Polis tumpas sindiket seludup wanita

DAKAR, 25 JUN – Polis Senegal mengumumkan sindiket penyeludupan yang khusus menghantar wanita muda dari Sierra Leone ke Timur Tengah berjaya ditumpaskan.

Seramai 87 wanita Sierra Leone, serta dua rakan lain yang disyaki ketua sindiket, ditahan di Dakar selepas operasi pengintipan selama tiga minggu, kata polis dalam satu kenyataan lewat semalam.

Wanita berkenaan telah tiba di Senegal menerusi jalan darat dari Guinea, perjalanan sejauh 1,300 kilometer dan telah membayar penyeludup di antara 350,000 dan 400,000 CFA francs setiap seorang.

Geng itu merancang menghantar mereka dalam kumpulan lebih kecil kepada pelanggan di Timur Tengah dengan bantuan kontak tempatan, menurut kenyataan. Ia tidak berkata kenapa wanita diseludup, hanya berkata siasatan telah membongkar ‘penyeludupan migran.’ – AFP