ISTANBUL, 17 NOV – Polis Anti-Keganasan Turki telah menahan 17 orang suspek yang mempunyai kaitan dengan kumpulan IS semasa operasi yang dilakukan di Istanbul hari ini, menurut laporan agensi berita Ihlas.
Polis melakukan serbuan di sembilan buah daerah yang menyasarkan warga asing yang disyaki mempunyai kaitan dengan pelampau IS dan menyediakan latihan yang konsisten dengan ideologi kumpulan itu, lapor Ihlas.
Mereka menahan 17 orang suspek dan merampas sejumlah besar dokumen dan bahan digital.
Agensi berita itu berkata 10 orang suspek dibawa ke ibu pejabat polis untuk memberikan keterangan, dan tujuh dihantar ke pejabat migrasi Istanbul untuk dihantar pulang.
Tujrkiye menyenaraikan IS sebagai kumpulan pengganas pada tahun 2013 dan telah diserang oleh kumpulan ekstremis beberapa kali. Sebagai tindak balas, pihak berkuasa Turkiye telah melancarkan Operasi Anti-Keganasan di dalam dan luar negara.- Xinhua
