Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Polis Turkiye tahan 67 suspek pengganas

    ANKARA, 3 OKT – Polis menahan sekurang-kurangnya 67 orang di seluruh Turkiye hari ini dalam operasi menyeluruh yang menyasarkan individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan pemberontak Kurdish, beberapa hari selepas serangan bom berani mati di ibu negara Turkiye.

    Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata, polis melakukan serbuan di 16 wilayah Turkiye, menahan 55 orang yang disyaki menjadi sebahagian daripada ‘struktur perisikan’ Parti Pekerja Kurdistan atau PKK yang diharamkan. Sekurang-kurangnya 12 ahli PKK yang disyaki turut ditangkap dalam operasi berasingan di lima wilayah, tulis Yerlikaya di X.

    PKK telah mengetuai pemberontakan selama beberapa dekad di Turkiye dan dianggap sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Puluhan ribu orang telah meninggal sejak konflik bermula pada tahun 1984.

    Pada Ahad, seorang pengebom berani mati meledakkan peranti letupan berhampiran pintu masuk Kementerian Dalam Negeri, beberapa jam sebelum Presiden Recep Tayyip Erdogan dijadualkan berucap di Parlimen selepas kembali dari cuti panjang. Seorang lagi pengganas mati dalam tembak-menembak dengan polis.

    Dua anggota polis cedera ringan dalam serangan tersebut. Suspek tiba di tempat kejadian dalam kenderaan yang mereka rampas dari seorang doktor haiwan di bandar tengah Turkiye, Kayseri, selepas menembaknya di kepala, kata pihak berkuasa. – AP

    Pakar pemusnah bom bekerja di sebelah kereta selepas letupan di Ankara pada 1 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...