Polis UK diberi kuasa baharu

LONDON, 13 OGOS – Polis di Britain diberikan kuasa baharu hari ini untuk menghalang, menggeledah dan menahan orang di pintu masuk jika disyaki terlibat dalam ‘aktiviti ganas.’

Langkah itu, menyasarkan campur tangan asing dan pengintipan, adalah sebahagian daripada respons terhadap serangan senjata kimia 2018 ke atas negara Britain yang hampir membunuh seorang pengintip kelahiran Rusia.

Britain menyalahkan kejadian itu ke atas dua pegawai perkhidmatan keselamatan Rusia yang didakwa memasuki negara menggunakan pasport palsu dan meracuni Sergei Skripal dan anak perempuannya Yulia di bandar Salisbury.

Moscow telah menafi terbabit.

“Ancaman yang ditimbulkan terhadap UK daripada aktiviti ganas semakin meningkat,” kata menteri dalam negeri Priti Patel.

“Kuasa baharu berkenaan menghantar mesej yang amat jelas kepada mereka yang terbabit bahawa kerajaan tidak bertolak ansur terhadap mereka yang bertindak menentang kepentingan Britain.

Langkah tersebut, terkandung dalam perundangan pencegahan keganasan dan keselamatan sempadan yang diluluskan pada tahun lalu, membenarkan penyeliaan bebas oleh Pejabat Pesuruhjaya Kuasa Siasatan.

Mereka diadakan tatkala aktiviti ganas dan campur tangan asing dalam politik Britain semakin meningkat. – AFP