Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Polis UK siasat penunjuk perasaan Hong Kong dipukul

    LONDON, 17 OKT – Polis UK berkata hari ini mereka sedang menyiasat laporan penunjuk perasaan pro-demokrasi Hong Kong dipukul di perkarangan konsulat China di Manchester, utara England.

    Rakaman video yang disiarkan menerusi halaman Twitter menunjukkan seorang lelaki dengan rambut beruban memakai topeng dan merobohkan sepanduk penunjuk perasaan, dan pergelutan di pintu masuk konsulat.

    Di dalam pintu pagar, sekumpulan lelaki kemudian terlihat menumbuk seorang lelaki yang terbaring di atas tanah, manakala lelaki beruban tersebut hanya berdiri memerhati.

    Polis dilihat campur tangan untuk meleraikan pertempuran itu. BBC melaporkan bahawa Bob, seorang aktivis dari Hong Kong, berkata dia diserang oleh lelaki tidak dikenali yang keluar dari konsulat.

    “Mereka mengheret saya ke dalam. Mereka membelasah saya,” katanya kepada penyiar selepas kejadian itu, yang berlaku kelmarin.

    Polis Greater Manchester berkata mereka “menyedari kejadian yang berlaku sekitar jam 3 petang (1400 GMT) pada Ahad di Konsulat China di Manchester”. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...