Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Polis Vitenam patahkan sindiket kripto AS$3.8 bilion

-

HO CHI MINH CITY, 3 DIS – Polis Vietnam telah mematahkan satu sindiket mata wang kripto bernilai kira-kira AS$3.8 bilion, media kerajaan berkata hari ini, ketika pihak berkuasa berusaha memerangi perjudian haram yang berleluasa di negara itu.

Seramai 59 orang telah ditahan di hab perniagaan selatan Ho Chi Minh City, dituduh memancing pemain menerusi media sosial untuk membuat pertaruhan dalam talian, menurut akhbar rasmi polis bandar itu.

Sindiket perjudian itu dilaporkan adalah yang terbesar dibongkar oleh polis Vietnam.

Media kerajaan menyatakan bahawa para pemain diajar untuk membeli dompet mata wang kripto dan me-nukarkan wang mereka menjadi salah satu daripada dua mata wang digital, Ethereum atau USDT, juga dikenali sebagai Tether, sebelum membuat pertaruhan di dua laman sesawang perjudian.

Untuk menarik pemain-pemain baharu, para tahanan berkenaan memuat naik gambar di media sosial menunjukkan kereta-kereta mahal, rumah dan parti-parti mewah mereka.

Manakala itu, untuk memancing mereka yang lebih berwaspada, para penipu berkenaan juga menawarkan pakej insurans kepada pemain dengan janji bayaran balik jika mereka tidak menang selepas enam permainan.

Bagaimanapun, dalam tempoh apabila terdapat ramai pemain, ketua-ketua sindiket sengaja menghentikan laman sesawang untuk mencuri wang daripada dompet-dompet digital dan mengelak dikesan oleh polis. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -