Polisi jangan sentuh Duterte

MANILA, 9 MAC – Orang ramai tidak akan dibenarkan menyentuh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di bawah langkah baharu diumumkan hari ini oleh pengawal keselamatannya, ketika koronavirus maut menular di negara itu.

Pada usia 74, Duterte merupakan kumpulan usia mudah terdedah virus itu yang terbukti berbahaya dalam kalangan orang tua yang mempunyai penyakit sedia ada.

“Kumpulan Keselamatan Presiden (PSG) akan melaksanakan satu dasar tanpa sentuh antara presiden dan orang awam,” kata komando kumpulan itu, Jesus Durante dalam satu kenyataan.

“Orang-orang yang dijangka mendekati beliau akan diimbas dengan teliti,” tambahnya.

Pihak berkuasa Filipina hari ini mengumumkan bahawa virus itu merebak dalam masyarakat tempatan dan ujian mendedahkan sebanyak 20 kes dicatatkan semenjak Februari—separuh daripadanya didiagnos hari ini. –AFP

Pekerja dalam sut perlindungan menyembur disinfektan ketika mereka membersihkan sebuah sekolah yang menggantung kelas sebagai satu langkah berwaspada terhadap koronavirus di bandar San Juan, Manila. Dalam pada itu, presidennya turut melaksanakan polisi jangan sentuh bagi mengelak dijangkiti. –AP