Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polo: Filipina belasah Malaysia

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Okt – Setelah hanya mampu seri dengan Pasukan Brunei I dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Polo Jubli Emas 2017 semalam, Pasukan Filipina nekad membenam Pasukan Malaysia hari ini.

    Pasukan Filipina mengetepikan kekecewaan semalam dengan menewaskan Pasukan Malaysia dengan jaringan besar dalam perlawanan yang berlangsung di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.

    Berangkat menyaksikan perlawanan itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Juga berkenan menyaksikan perlawanan itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi, dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar.

    Pada caka pertama permainan lebih berat sebelah kepada Pasukan Filipina apabila berjaya menjaringkan dua gol untuk mendahului Pasukan Malaysia. Malaysia cuba mengejar dan berjaya meraih jaringan melalui pukulan penalti, menjadikan kedudukan 2–1, namun tidak sampai seminit Filipina mengembalikan kelebihannya apabila berjaya menjaringkan gol ketiga Filipina, diikuti dengan jaringan kedua Malaysia melalui pukulan penalti.

    Antara aksi menarik dalam Kejohanan Polo Jubli Emas 2017 di antara Pasukan Filipina dan Malaysia yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Pasukan Filipina.

    Namun Filipina terus dominan apabila sekali lagi memberikan respons kepada jaringan Malaysia untuk menjadikan kedudukan 4-2 dan pada caka kedua, pemain filipina terus memberi asakan selang beberapa minit kemudian untuk meraih mata kelimanya.

    Caka ketiga menyaksikan aksi semakin rancak dan berbalas serangan di antara kedua-dua pasukan, antara detik menarik adalah apabila Filipina gagal menambah jaringan menerusi pukulan penalti, namun sempat dimaafatkan sebaiknya sejurus selepas tiada pemain Malaysia berada di kawasan sendiri unuk bertahan, menjadikan kedudukan 6-2.

    Pada caka keempat, meskipun Malaysia bermain lebih agresif namun pasukan Filipina pula menambah jaringan mereka melalui penalti dan pasukan itu terus mengasak ke kawasan Malaysia apabila menjaringkan gol kelapan dengan memperlihatkan permainan yang sangat bertenaga.

    Malaysia meraih jaringan ketiga apabila pemainnya membuat hantaran jauh untuk merapatkan lagi jurang, namun hari ini bukan hari bagi Pasukan Malaysia apabila Filipina menjadikan kedudukan 9-3, sekali gus kemenangan milik Pasukan Filipina.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda