Polo Keputeraan buka tirai

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan menyaksikan perlawanan polo antara Pasukan Polo Diraja Brunei dengan Pasukan Tentera Republik Islam Pakistan.

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,  hari ini, berkenan berangkat menyaksikan perlawanan di antara Pasukan Polo Diraja Brunei dan Pasukan Tentera Republik Islam Pakistan di Kejohanan Polo Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72. (Klik di sini untuk cerita lanjut)