Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    POLSARA lawat ahli kurang sihat

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Seramai 25 orang ahli jawatankuasa (AJK) dan ahli-ahli Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei yang Bersara (POLSARA), Brunei telah mengadakan lawatan ke rumah kediaman salah seorang ahli POLSARA, Awang Galawat bin Ukang yang kurang sihat di Negalang, Daerah Temburong selepas dirawat di Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Rombongan diketuai oleh Yang Dipertua POLSARA, Supt (B) Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim.

    Selepas lawatan berkenaan, rombongan berkesempatan mengunjungi Pejabat POLSARA Daerah Temburong yang terletak di Pekan Bangar. Di sana, rombongan tersebut mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Yang Dipertua POLSARA, di samping mengadakan mesyuarat ringkas bagi sama-sama membincangkan mengenai pembaikan struktur bangunan yang telah rosak.

    Setelah permesyuaratan selesai dibincangkan, rombongan meneruskan lawatan ke bandar Limbang, Sarawak bagi menemui pesara-pesara Polis Limbang dalam membincangkan lawatan antara kedua belah pihak bagi tujuan mengeratkan silaturahim sebagai pesara-pesara polis yang telah menamatkan perkhidmatan.

    Rombongan telah dialu-alukan oleh Yang Dipertua Pesara Polis Limbang, Awang Roslan berserta dengan AJK persatuan tersebut.

    Supt (B) Haji Awang Yahya bergambar ramai semasa lawatan ke kediaman Awang Galawat.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda