Pompeo bertemu PM Britain

LONDON, 21 JULAI – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo akan bertemu dengan Perdana Menteri Britain Boris Johnson hari ini selepas London memutuskan hubungan dengan Huawei China dan tindakan balas terhadap layanan Beijing terhadap Hong Kong.

Lawatan terakhir diplomat tertinggi AS ke London pada Januari diadakan beberapa hari selepas Johnson tidak menghiraukan amaran dari Washington dan membenarkan syarikat teknologi China membantu mengeluarkan rangkaian 5G Britain.

Ia merupakan isu dingin yang melihat Pompeo menuduh Britain menjejas perkongsian risikan Barat dengan meletakkan China di tengah sistem data generasi akan datang negara itu.

Perubahan dasar paling dramatik Johnson melihatnya mengarahkan pembekal telefon bimbit UK supaya berhenti membeli peralatan 5G dari Huawei bermula tahun depan dan mengeluarkan peralatan sekarang pada tahun 2027.

“Kami berasa gembira dengan keputusan itu,” beritahu Pompeo kepada wartawan minggu lalu. “Perdana Menteri Johnson membuat keputusan yang betul.”

Kementerian luar China bertindak balas dengan menuduh Britain menjadi ‘mangsa penipuan Amerika.’

Lawatan Pompeo akan termasuk rundingan dengan Setiausaha Luar Britain Dominic Raab dan mesyuarat sampingan dengan pemimpin bantahan Hong Kong Nathan Law. – AFP

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo (kiri) bercakap dengan Boris Johnson semasa tiba di Downing Street di tengah London semalam. – AFP